KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Tuesday, January 17, 2017

Diapers terbaik untuk si manja anda. :)

Assalamualaikum.

Hehe. Dah lama nak tulis pasal ni tapi asyik delay je. Haritu tulis ingat save kat draft, sekali takde. Kuikui

Menjadi first time mummy ni memang banyak benda yang bermain dalam fikiran. Semua benda kena ambil tahu. Semua benda yang nak beli untuk sambut first baby kalau boleh semua nak yang terbaik kan. Betul tak?hihi.

Maka gigih la hemak2 google diapers ape yang paling elok, botol susu apa yang ok, pakaian macam mana nak prepare dan banyak lagi.

Sebab aku dulu pun camtu. Hehehe

Dan korang ke sini pun atas tujuan yang sama kan. Ececece.

Baiklah kali ni aku nak tulis pasal diapers terbaik,berkualiti dan murah. Hehe. Lampin pakai buang ni buatpe nak beli mahal2 kalau korang boleh dapat diapers yang berkualiti dengan harga yang lebih murah. Bukan bermakna yang mahal tu tinggi kualitinya dan yang murah tu rendah kualiti. Dont judge a book by its coverr. Errr..haha

Apa yang aku tulis ni adalah berdasarkan pengalaman aku semata2. Juga pengalaman dari kawan2 secircle. Hihi

Bab diapers, aku mmg suka try and eror. Dari brands mahal mamypoko sehingga brand cikai cutie aku try. Haha

Dibawah adalah senarai diapers yang aku pernah cuba.

1.Mamypoko Extra Dry
2. Drypers Wee Wee Dry
3. Drypers Superhero
4. Diapex Easy
5. Tesco Baby Loves
6. Huggies Biru
7. Huggies Hijau (Pants)
8. Petpet
9.Goo.N
10.Cutie
11. Drypers Classic
13. Drypers touch
14. Whoopee

Rasanya tu je kot. Or ada yang aku lupa. Hihi. Ok, to make it simple dan tak panjang berjela aku terus buat kesimpulan ye. Amaran, ini adalah berdasarkan pengalaman aku sahaja, lain baby lain la kesan diapersnya. Mungkin kulit bontot anak anda sesuai je dengan sebarang diapers. Atau kulit anak anda ok dengan brand2 tertentu, anak saya belum tentu. Haa gitu la kekdahnya. So result maybe diffrent to your baby ok.

Pada anak aku, diapers yang paling selesa of course la mamypoko Extra Dry. Mamypoko ada banyak jenis, yang paling superb serap dan langsung xbasah dan leaking is Extra Dry. Yang lain kawan pernah try tp kualiti tak bagus sangat senang bocor.

Kedua, paling best Tesco Baby Loves. Yang pack kaler hijau. Memang kualiti setanding mamypoko tapi harga jauh lebih murah. Rm26.99 M70 pcs. Dalam 0.38/pcs. Murah sangat la. Bagi aku kalau jatuh dalam range Rm0.30-0.50 per pcs tu murah dah la tu. Hahaha

Drypers Wee Wee Dry okay, tapi Classic, Superhero (limited time only), langsung tak boleh pakai. Cepat bocor dan berbau. Hemak dont like.

Brand lain macam Petpet, ok but not favourite. Alasan? Entah hemak lg suka design Tesco. Haha. GooN tembuss, Diapex Easy untuk day ok tapi saiz kecik sikit dengan standard size diapers lain. Kalau brand lain saiz M, diapex saiz M tu macam saiz S. Gitu la kekdahnya. Diapex premium tak try lagi sebab susah nak jumpa. Mostly kawan2 guna diapex premium untuk night sbb lebih terjamin. Hihi.

Huggies, yg ultra(hijau) ok but pricey. Hemak ibu yg berjimat cermat. Haha. Huggies biru, Mishary naik rashes kat bontot. So memang FAILED!

Lain2 brand macam cutie dan brand2 mengarut lain, nasihat hemak xyah ler beli. Haha. Memang lansung KO.

Itu saje perkongsian hemak anak satu. Ok bye.

P/s: Bertahun entry ni tersimpan haha, dari Mishary dalam hari sehingga harini dah setahun 6 bulan baru hemak publish. Nampak tak hemak busy benau. Kahkahkah. Panjang oi.

Sunday, July 10, 2016

Hari Raya Bersama Mishary

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya uollss.

Maaf zahir batin.

Wednesday, June 8, 2016

Papa dan kunyit Mishary :p

Assalamualaikum.

Hihi. Baru lepas blogwalking dan terbaca entry terbaru maria elena pasal perbezaan wanita dan lelaki masak. Haha. Pastu terus teringat sesuatu dan rasa nak tulis kat blog. Haha.

Ok ni cerita pasal lelaki handle sesuatu benda. Tapi bukan nak cerita pasal masak sebab laki ku non hadoooo tak pernah masak dan tak reti pun. Bahahaha. Sahkan nak masak untuk aku or family, buat air segelas pun tak pernah wujud. Ekeke. Eh terkutuk plak. Haha

Ceritanya begini, Mishary selsema duk bersin peh peh. Memang kebiasaan aku kalau selsema je mesti kena letak kunyit atas hidung. Natural remedi kata koo..huhu. Dan alhamdulillah cara ni sangat2 berkesan pada Mishary. Biasanya sekali letak je dah ok. Daripada duk guna spray hidung berminggu2 tak berkesan pun -_-

Masa tu dah nak magrib, Mishary merengek mintak susu. Memang waktu tu adalah waktu tidur Mishary. So aku minta tolong husben pergi amik kunyit kat luar rumah dalam pasu. Memang kunyit ada duk tanam selalu. :)

Datanglah husben dengan kunyitnya. Mula2 aku gelak. Adeh amik kunyit sebesar duit 5 sen pastu hiris nipissss senipis kertas macam nak singgang ikan.haha.

Aku cakap nak letak camne kat hidung anak ni secoet macam ni.  kita nak air kunyit tu letak kat hidung. Kena pecahkan kunyit ni.

Pastu berlalu lah dia ke dapur ketung ketang tumbuk kunyit sebesar dan senipis duit 5 sen pakai lesung batu. Haha. Maka hancur leburlah kunyit tu boleh buat goreng ikan. Hahaha.

Dia datang pada aku dengan kunyit berada dalam tapak tangannya. Haha. Adeh lawak plak. Aku cakaple udah nape tak buh dalam pinggan ke piring ke dalam tapak tangan gak diletak. Habis kuning tangannya.huhuhu.

Tapi masa tu aku naik angin haha tak cakap sopan santun lemah lembut la. Terkeluarlah perkataan hishh tak boleh harap awak ni (sekarang rasa nyesal :p). Maka dengan muka sedih dia pun cakap mana nak tau tak pernah buat,tak pernah tengok awak buat. Kalau saya suruh awak cabut tayar kereta boleh tak. Tak reti jugak. Haha. Ok dia samakan apa yang dia boleh buat ngan yang aku tak boleh buat.

Berbalik pada kunyit tadi, bila dia letak kat tapak tangan air kunyit tu kan meresap ke tapak tangan dia la. Bila sapu kat hidung Mishary tak banyak yang tinggal. Wuhuuu.

Aku start membebel potpetpotpet. Haha. Sian plak bila ingat balik. Sepatutnya aku ucap tima kasih sebab tolong amikkan kunyit, siap tumbuk bagai untuk ubatkan anak. Ni aku membebel plak. Nasib le dapat bini angin pasang macam ni. Haha.

Aku tahu dia tak reti nak handle semua benda, sama jugak mcm aku. Dia tak reti bab2 house chores dll sama mcm aku totally zero pasal kereta enjin dll. Tapi at least dia ada effort nak tolong aku. Huhu. Ok, mata aku buta tak nampak effort dia. Sebab aku asyik kondem! Bukan nak bersyukur.

Astagfirullah. Ok insafff.

Aku nampak apa yang dia tak buat. Tapi yang dia buat aku tutup mata. Mesin basuh rosak dia baiki aku tutup mata. Extension plug rosak nak caj tepon pun xboleh dia baiki aku buat tak nampak. Kereta aku aircond tak rasa sejuk dia tolong bawak g servis aku buat senyap. Lampu bilik air tiba2 tak menyala dia gigih angkut tangga dari stor nak panjat baiki aku buat tak tahu. Tapi,

Bila dia tak tolong aku basuh baju.
Bila dia tak tolong sapu rumah.
Bila dia tak tolong aku masak.
Bila dia tak tolong aku sidai baju.

Ok yang tu aku nampak. Haha. Yang tu boleh pulak aku cakap dia langsung tak tolong aku buat apa2 kat rumah. Haha. Ok now aku nampak. Aku tak patut macam tu. Haihh.

Sepatutnya aku kena lebih bersyukur. Huhu

Allah. Terus insaf. Dari nak tulis pasal husben tak reti nak handle dengan 'ubat kunyit hidung mishary' terus realize betapa dia sebenarnya banyak tolong aku!haha

Ada hikmahnya aku up post harini. Blerghh!

Monday, May 30, 2016

Cek dari Nuffnang

Assalamualaikum.

Rindu dekat blog. Hihi. Btw saya baru dapat cek dari nuffnang. :')

Setelah bertahun2 menulis, ni kali pertama cash out duit nuffnang. Boooo.. kemain. Orang lain dah lama dapat aku baru nak heboh2. Haha

Terima kasih nuffnang. Walaupun seciput je dapat, boleh la buat beli baju raya mishary selai. Ekekekeke

Aku request 24/4/2016, dalam masa 2 bulan barulah cek terbang ke tanganku. Hihihi. Tq tq tq

Cara nak cash out duit nuffnang korang sila google sendiri. Haha.

Ok semoga jumpa lagi. Tata

Tuesday, March 29, 2016

Merangkak@ 7m30d

Assalamualakum

Harini mishary 7 bulan 30 hari. Lagi 2 hari nak masuk 8 bulan.

Sekarang ni bukan main aktif lagi. Bukan takat mengensot je tapi dah boleh merangkak beberapa langkah.

Tapi yg lucunya langkahnya itu masih lagi slow dan terketar-ketar.

Semalam balik kerja, aku rehat2 dengan dia kat ruang tamu sambil2 layan drama petang Tundukkan Playboy Itu. Pastu bukak peti ais, aku nampak ada kek coklat. Aku ni memang hantu kek coklat.ekeke. maka aku ambik letak dalam pinggan makan depan tv.

Mishary yg duk lepak atas lantai tu cepat2 merangkak datang kat aku nak gapai pinggan kek tu. Dia bukan boleh nampak ape yang aku makan,semua dia nak jugak.hihihi.

Masa tu lah aku notice yg Mishary dah pandai merangkak. Yeayyy!! Anak mama dah pandai yer.

Pastu semalam boleh dia buat perangai tak nak tidur. Dia tidur ayam saja. Ada la dalam setengah jam tidur kemudian bangun nak main. Pastu pujuk2 tidur balik kejap pastu bangun lagi. Alahai anak, macamtu la sampai ke pagi. Aku nak bersiap g kerja baru dia lena betul2. Adehh.

Kebolehan vocab dia pulak dah pandai sebut ta ta ta...bila dia duk ralit main tu keluarlah bahasa dia tu. Kadang atta atta..haha. comel aje kamu nih.

Update:

Hehe, harini Mishary 8bulan 12hari. Dah pro sangat merangkak. Tak sabar nak merangkak laju2 sampai tangan terpeleot tersembam muka. Haha. Semalam siap kepala terhantuk lantai pastu terpusing pinggang dia. Risau kot terseliuh pinggang. Nanges bagai nak rak. Huhu

Semalam masa balik kerja, macam biasa dia duk atas car seatnya. Duk merengek2 je, aku bagi susu dia minum sampai dah rasa kenyang tu digigit2 puting pastu baling botol susu. Mood dia lepas menyusu macam ok duk jerit2 cakap sorang2. Hihi.

Tak lama pastu, mungkin dia dah bosan, dia kembali merengek. Aku capai botol susu pastu tanya "Mishary nak susu?". Dia geleng. Aku terkesima jap bila dia geleng kepala.haha. Eh sejak bila dia boleh paham aku tanya nih. Haha.
Untuk kepastian aku tanya sekali lagi. "Mishary nak susu ni?". Dia geleng lagi. Memang sahhhh. Dia dah paham ape aku cakap. Haha. Siap pandai geleng kepala menunjukkan dia tak nak. Wahhh!! Syabas anakku. :')

Dah sampai rumah, aku belum keluar kereta lagi, mil datang ajak pergi rumah mak long.
Tapi sebab aku kepenatan dan tak solat asar lagi masa tu aku tak nak ikut. Mil nak bawak Mishary sekali. Aku pun tanya, "Mishary nak ikut tok ma?". Dia angguk. Haha. Sekali lagi aku tanya, "Mishary nak ikut?". Dia angguk lagi. Kahkahkah. Bijaknya anak mama nih. Huhuhu

Sunday, February 28, 2016

Mishary 7 bulan

Assalamualaikum.


Mishary dah 7 bulan pada 17/02/2016 haritu. Yeayy!!

Update perkembangan 7 bulan.





1. "Mama"

Bila dia nangis atau merengek, Mishary dah pandai sebut Ma.....Ma.....haha. comel je kan. Pastu aku pun, iye, iye. Kekekeke.

Bangga jap anak pandai sebut Ma. :')







2. Memanjat

Ya Rabbi, aktifnya bukan main lagi.

 Kadang aku sendal dengan bantal konon buat kubu pertahanan. 

Tapi dia berjaya melepasinya dengan begitu gigih sekali :p

Dia dah pandai panjat bantal. Kadang seriau je bila dia mau terjun katil. 

Nampak gayanya aku dah tak boleh tidur atas katil dah, kena tidur bawah la pulak.





3. Duduk

Mishary belum teror merangkak, tapi sekarang dia belajar untuk duduk. Walaupun masih bergoyang gayanya. Haha.

Nampak macam nak langkau step dari merangkak terus duduk. Alahai anak.








4. Berdiri

Jangan tak tahu, Mishary boleh berpaut pada bantal kemudian bangun berdiri. Pehhh hebat pulak rasanya. Haha

Kadang dia berpaut pada badan aku kemudian bangun berdiri. Gaya cam dah besar je padahal merangkak pun belum ni.

Agak2 macam dia nak belajar berjalan. Huhu. 

Sebab bila dia berdiri tu dia dah pandai bukak langkah satu dua kemudian jatuh. Hahaha.

 Tapi aku masih pegang tangan dia laa. Bukan dia jalan tanpa dipimpin oleh aku lg.


Advance betol ko nak :')





Thursday, February 25, 2016

Mishary 6 bulan

Assalamualaikum.


Macam biasa update perkembangan Mishary.


1. Babai

Harini 6 bulan 29 hari. 

Masa tengah makan malam, mil yang sedang dukung Mishary tunjuk pada aku apa yang Mishary buat. Hehe


Tau tak dia buat apa?

Dia dah pandai lambai2/pusing tangan tu macam babai. Haha. Terpegun aku tau x?

Sebelum ni dia tak pandai babai lagi. Dia cuma pusing tangan dia je ke satu arah. Macam gaya nak menari pun ada gak. Macam gaya usop wheelchair dalam citer hantu kak limah tuu.haha

Tapi harini dia dah pandai babai orang dengan gaya yang betul. Kahkah.


Bila orang suruh babai, dia pun angkat tangan pastu babai. Comel je. Terus aku rasa ANAK AKU DAH BESAR LAH!


Hihihi.




2. Merangkak


Mishary dah mula angkat bontot. Dari posisi meniarap tu dia angkat bontotnya sambil kedua tangannya jadi tiang tegak angkat badan dan kepala buat jadi macam kuda. Hihi.



Tapi kuda(merangkak) ni tak boleh bergerak lagi. Masih tak pandai nak mula langkah. Cuma pandai goyang bontot aje.kihkih.


Dah lama2 dalam posisi kuda, dia muda lepaskan dua tiang(tangan pacak) pastu muka tersembam ke lantai.

Hadui, semput hemak tau. Kalau disembamkan atas katil ke, atas tilam ke ok la lagi, ni tak kat atas mozek jugak dia suka beraksi. Terus naik tekanan darah hemak tau. semputttt. Kusss semangat.



3. Mengutip

Sambil meniarap dan mengengsot tu hobi dia mengutip sebarang benda atas lantai pastu masuk mulut. Haiyaaa.


Ada sekali tu aku demam xlarat nak layan dia. Dia pun mengamuk sondol2 badan aku yang tengah baring. Aku tak pedulikan dia,pastu dia diam. Lamaaaa diam. Eh, aku dah pelik. Rupanya2 dia g makan tisu. Hahaha.Diam2 buat projek rupanya.


Dia kemam ketap mulut rapat2 tak bagi aku keluarkan tisu tu. Bila aku marah bukak mulut dia nampak sisa tisu tu masih ada. Pastu dia meraung tutup mulut, bila bukak balik eh dah xde! Cuak aku. Rupanya2 dia sorok bawah lidah. Alolololo bijak sungguh.


Baru2 ni tetiba dia muntah atas katil. Aku dah pelik kenapa tetiba muntah. Rupa2nya disebalik muntah tu ada cebisan kotak!haha. Dia makan kotak diam2 rupanya. Kan dah muntah. Nasib baik tak tercekik.


Bukan aku tak kawal dia sampai makan macam2. Tapi dia punya aktif ya Rabbi. Hmmm




Itulah sedikit sebanyak perkembangan mishary 6 bulan. Hehe. 










Mishary 1 bulan

Assalamualaikum. :)

Nak share gambar2 perkembangan Mishary setiap bulan. Supaya aku sentiasa ingat bayi yang semakin membesar ini. Mesti rindu masa dia kecik2 kan. Hehe.



1 bulan pertama kelahiran Mishary alhamdulilllah semuanya masih terkawal. Dalam pantang katakan. Mishary ok, baik sangat. Tidur cukup malam2. Bangun nak menyusu je.


Hari2 siang dia banyak tidur je. Orang datang melawat pun dia tak sedar apa. Duk bercakap tepi telinga dia, hoih i dont care!Tidur tak sedar diri. Sampai orang cakap dia ni penidur gayanya.hehe


Tapi 1 yang aku perasan, Mishary jenis yang tak sabar. Kalau dia nak susu, kena cepat2 bagi. Kalau tak dia naik angin. Nampak dia protes.Hihi. marahkan mama yer :p


Masa umur dia 21 hari, kami buat majlis cukur jambul. Hehe. Jadi botaklah dia. Abang ipar yang botakkan kepala dia lepastu papanya trim kasi licinn.

hahahaha. Menangis tak nak kena cukur rambut :)


Mula dari haritu perangai Mishary berubah. Tiap malam dah taknak tidur. Jenuhlah tiap2 malam aku dan suami berjaga. Mata rabak setiap hari! Huhu.Kadang dia bukan nak menyusu pun, dia saja bangun untuk meraung menangis.



Offer susu kejap je dia minum pastu menangis tak berhenti. Sabarlah omaknya.


Dalam pantang mcm tu la rutin nya, kadang pukul 3 4 pagi belum tidur duk menangis. Kadang rasa macam xcukup susu badan, maka gigihla aku bukak peti ais malam2 ambik stok ebm chiller.







 Elok je dah panaskan yang chiller dia nak tidur. Haha. Terus tak minum susu tu. Dia nak dipeluk2 dibelai2 baru dia tidur. Alahai anak.



Dah habis pantang, perangai ok sikittttt. Malam tidur awal pukul 8 dah tidur. Bangun menyusu kejap2 je sampai lah ke pagi. Bagus anak. Kekeke.





Masa umur sebulan, mishary masih banyak tidur. Siang tidur, malam tido. Menangis tak sabar selalu tunjuk protes. Huhu




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...