KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Tuesday, March 29, 2016

Merangkak@ 7m30d

Assalamualakum

Harini mishary 7 bulan 30 hari. Lagi 2 hari nak masuk 8 bulan.

Sekarang ni bukan main aktif lagi. Bukan takat mengensot je tapi dah boleh merangkak beberapa langkah.

Tapi yg lucunya langkahnya itu masih lagi slow dan terketar-ketar.

Semalam balik kerja, aku rehat2 dengan dia kat ruang tamu sambil2 layan drama petang Tundukkan Playboy Itu. Pastu bukak peti ais, aku nampak ada kek coklat. Aku ni memang hantu kek coklat.ekeke. maka aku ambik letak dalam pinggan makan depan tv.

Mishary yg duk lepak atas lantai tu cepat2 merangkak datang kat aku nak gapai pinggan kek tu. Dia bukan boleh nampak ape yang aku makan,semua dia nak jugak.hihihi.

Masa tu lah aku notice yg Mishary dah pandai merangkak. Yeayyy!! Anak mama dah pandai yer.

Pastu semalam boleh dia buat perangai tak nak tidur. Dia tidur ayam saja. Ada la dalam setengah jam tidur kemudian bangun nak main. Pastu pujuk2 tidur balik kejap pastu bangun lagi. Alahai anak, macamtu la sampai ke pagi. Aku nak bersiap g kerja baru dia lena betul2. Adehh.

Kebolehan vocab dia pulak dah pandai sebut ta ta ta...bila dia duk ralit main tu keluarlah bahasa dia tu. Kadang atta atta..haha. comel aje kamu nih.

Update:

Hehe, harini Mishary 8bulan 12hari. Dah pro sangat merangkak. Tak sabar nak merangkak laju2 sampai tangan terpeleot tersembam muka. Haha. Semalam siap kepala terhantuk lantai pastu terpusing pinggang dia. Risau kot terseliuh pinggang. Nanges bagai nak rak. Huhu

Semalam masa balik kerja, macam biasa dia duk atas car seatnya. Duk merengek2 je, aku bagi susu dia minum sampai dah rasa kenyang tu digigit2 puting pastu baling botol susu. Mood dia lepas menyusu macam ok duk jerit2 cakap sorang2. Hihi.

Tak lama pastu, mungkin dia dah bosan, dia kembali merengek. Aku capai botol susu pastu tanya "Mishary nak susu?". Dia geleng. Aku terkesima jap bila dia geleng kepala.haha. Eh sejak bila dia boleh paham aku tanya nih. Haha.
Untuk kepastian aku tanya sekali lagi. "Mishary nak susu ni?". Dia geleng lagi. Memang sahhhh. Dia dah paham ape aku cakap. Haha. Siap pandai geleng kepala menunjukkan dia tak nak. Wahhh!! Syabas anakku. :')

Dah sampai rumah, aku belum keluar kereta lagi, mil datang ajak pergi rumah mak long.
Tapi sebab aku kepenatan dan tak solat asar lagi masa tu aku tak nak ikut. Mil nak bawak Mishary sekali. Aku pun tanya, "Mishary nak ikut tok ma?". Dia angguk. Haha. Sekali lagi aku tanya, "Mishary nak ikut?". Dia angguk lagi. Kahkahkah. Bijaknya anak mama nih. Huhuhu

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...